blog title


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 19 January 2012

Sudah berpunya dan masih belajar...???

" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumbal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."
1. Sekiranya boleh disegarakan perkahwinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkahwinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?

Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
Saya akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
 Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat saya semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik  saya  sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks.  saya  tidak mahu bahaskan isu kebaikan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
saya berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah.  saya  sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.


Friday 13 January 2012

Jika Rasulullah itu masih ada


Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

#Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.

Thursday 12 January 2012

Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya

Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)



Apa azam anda...????

Bila tibanya tahun baru, tak kira la tahun baru Islam ke, tahun baru Masihi, mesti ramai yang sibuk nak wat azam baru.... Ada yang cakap nk menjadi lebih baik, nak tingaktkan kualiti hidup la, ada jugak plan nak kawen la, nk habeskan study...macam-macam.. Anda pulak camne? mesti ada azam masing-masing kan...

Aku pulak, takde azam sangat.. Aku just nak lenagkapkan azam tahun lepas. hahaha boleh tak? sebab banyak lagi yang belum tercapai, aku bingai sangat sebelum nie... Hahaha aku dah tutup ketat ketat buku kisah silam yang gelap gelita penuh duri racun bagai tu, dan teruskan hidup aku tahun ni dengan senyuman.. Taknak lagi ada airmata, sangat bahgia....

Kita sepatutnya pikir balik, apa kejadah kita ada azam? Adakah azam sebelum ni tercapai? Apa yang korang buat tuk capai azam korang tu? Okay pikir balik, adakah korang cukup menghijrahkan diri korang.. Maksud aku, menjadi lebih baik dari sebelum ni... Tak kisah la siapapun korang sebelum ni, cubalah berubah menjadi yang lebih baik. Ikut syariah Islam, sebab bagi aku, tiada agama lain semanis ISLAM... 


Okay berbalik pada topik azam aku tadi, aku punya azam tahun ni nk lengkapkan azam tahun lepas..Aku nak habeskan degree dengan jayanya, dan nak buat mak abah aku bangga ada anak macam aku. Aku belum boleh bagi duit atau harta, tapi tunggu ye mak,abah.. Kakck kerja nanti, duit gaji pertama, mak dengan abah akan rasa dulu.. Macam sebelum ni jugak, walaupun gaji aku tak severapa, aku bagi RM50 je kat mak aku, dia punya seronok bukan main.hahahaha papepun, hope korang dapat capai azam korang dan tak kesah lah azam nk kurus ke, kawen ke, aku wish good luck tuk korang..

salam sayang Nur Syuha :)

Wednesday 11 January 2012

Baju Melayu & Baju Kurung

Di mulut, kita kata cinta yang utama adalah Allah. Tapi realitinya yang sentiasa dalam fikiran kita, adakah benar ianya milik Allah? Dalam sehari, berapa kali kita ingat Allah? Biar saya bagi jawapan- minimun 5 kali, 5 kali waktu solat. Itu masa yang kita peruntukkan untuk ingat pada Allah (Itupun kalau kita solat setiap waktu).
Dan dalam 5 kali tu, berapa minit kita ingat Allah? Saya bagi minimun waktu solat 1 kali 5 minit, 5 kali solat, 25 minit. Dibandingkan dengan masa sehari: 1440 min. Tolak waktu tidur, saya ambik 5 jam: Tinggal 1140 minit. Tolak dengan waktu solat, tinggallah 1115minit ~+/- 18 jam. Agak-agak 18 jam ni kita peruntukkan untuk apa ye? Study? Kerja? Sembang-sembang? Makan-makan? Atau teringatkan seseorang? (Itupun kalau solat kita betul-betul khusyuk. Kalau nak tolak lagi dengan minit-minit yang tak khusyuk, agak-agak berapa minit je yang tinggal untuk kita ingat Allah?)
Tadi kita kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Takkan lah orang bercinta kejap je ingat pada kekasih dia? Mustahil.... Orang bercinta kan biasanya hanyut dengan angan-angan, tak sabar setiap kali nak berdating, asyik nak bercakap dengan dia, berjumpa dengan dia, sebut nama dia pun dah cukup buatkan pipi blushing. Wah! Bercinta sakan! Paling best bila dapat hadiah daripada si dia. Hati berbunga-bunga dengan senyum yang tak boleh hilang.
Kitakan kata pemilik cinta kita yang utama adalah Allah? Dah tepat dah. Tapi, kita betul-betul faham dengan jelas ke? Kefahaman biasanya akan disalurkan kepada perbuatan.
"Betul, cinta utama saya memang pada Allah. Tapi, kita kan tak boleh nampak Allah. Jadi, macam mana dikatakan nak dating dengan Allah?"
olat. Tak terasa ke masa solat adalah waktu kita dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Walaupun solat berjemaah sekalipun, masa kita solat, ada kita borak dengan orang sebelah? Pastilah tak, kan? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, orang sebelah boleh dengar ke apa yang kita cakapkan? (selain apa yang imam baca) Mestilah tak, kan. Jadi, siapa yang tahu? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, adakah kita nak ambil kisah apa yang sedang berlaku kat sekeliling kita? Orang lalu lalang, orang tengah berborak, bunyi macam-macam. Adakah kita nak berhenti solat nak ambil tahu tentang hal-hal ni? Mestilah tak sama sekali!
Sebab apa? Sebab kita sebenarnya sedang dating dengan Allah. Hanya kita dan Dia. Kalau dating dengan lelaki yang tak halal bagi kita, kita tak dapat pun nak dating se"sweet" kita dating dengan Allah. Kita duduk makan-makan, kawan-kawan nak join sama, tumpang sekaki. Paling tak best siap suruh belanja sekali. Kalau kita dating dengan lelaki yang tak halal bagi kita, nak cakap something yang sweet pun malu (yang tak bertempat) sebab nanti orang lain dengar. Kalau kita dating dengan lelaki yang tak halal, mesti sentiasa rasa serba tak kena. Kalau duduk kat mall, nanti kawan sekuliah nampak, rasa segan. Nanti kalau orang satu kampung tengok, takut bagitau kat mak ayah. Ini adalah sebuah perasaan yang tak secure.
Tapi, bila kita benar-benar faham sejelas-jelasnya tentang cinta kepada Allah, pasti hati cukup rindu nak berjumpa dengan Allah. Berangan-angan,"Ya Allah, satu hari nanti, tempatkanlah aku di syurga, moga aku dapat bertemu denganMu. Pemilik cintaku yang sebenar."
Bila kita cinta kepada Allah, kita tak sabar-sabar nak menunggu waktu dating. Dan waktu dating yang Allah wajibkan kita rasa tak cukup. Jadi kita nak tambah lagi dengan solat sunat. Kalau dah rindu yang teramat, kita nak jumpa Allah pada waktu istimewa, waktu di mana orang yang tak cukup cinta kepada Allah takkan ada di sekeliling kita. Satu waktu yang hanya pencinta-pencinta Allah yang tahu dengan tepat, dan faham dengan jelas sahaja yang ada. Waktu di sepertiga malam, waktu yang cukup tenang. Hanya kita dan Dia.
Dan yang paling syok, dengan Allah, kita boleh mintak APA-APA SAHAJA tanpa perlu kita memberi sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Tapi yang lagi best, Allah adalah pemilik cinta yang paling memahami. Dia tak bagi semua yang kita minta. Bukan Allah kedekut. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Yang mungkin terkadang kita memberontak sebab tak dapat apa yang kita nak. Dan mungkin terkadang kita rasa nak merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akan bagi apa yang kita minta pada WAKTU YANG TEPAT, ataupun terkadang Allah berikan sesuatu yang lain daripada apa yang kita minta tapi ITULAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kita. Pasti hati kita berbunga-bunga mekar dengan kuntuman sakura di dalam hati yang ada taman tu. Pada masa itulah mungkin baru kita akan sedar, siapakah pemilik cinta kita yang sebenar. Pastilah Dia, hanya Dia, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

Sunday 8 January 2012

Never judge anyone

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..


"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

-moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...♥♥